Monday, April 18, 2011

Progress Kaktus Baru


See..

dah ada progress yang bagus kan

yang satu .. dah tercancang2 kuar tunas baru

yang belakang sekali tu

dah kuar satu bulat kecil kat ibu dia..

nampak tak?

hoho..happynya!

Sunday, April 17, 2011

Saderi Musim Ke-2


Aku bukan hanya tanam bunga

aku tanam macam-macam

yang ini koleksi laman belakang punya..

tapi masih baru tanam so..kene tumpang teduh kat orkid



aku dah sedia ada 2 pasu saderi

tapi keadaannya macam tak sebaik dulu

so aku kene cepat2 tanam yang baru

sebab yang itu nak masuk pusat pemulihan jap..

Aquarium Terbuang Jadi Bekas Tanaman Orkid?






Ini idea asal mak aku. Aquarium ni dah lama terlungkup kat tepi rumah. Nak isi ikan, silikonnya dah bocor..air akan keluar.. aku nak angkat tak larat..berat giler

So, aku tanya-tanya dengan mak..apa nak buat dengan dia ni. .

Mak kata kita cuba letak sabut dan tanam orkid jengking dalam ni..kot2 la boleh ke..sape tau kan..takde sape marah aku nak buat apa pun hihihi

Hmm..kalau buat mini taman kaktus pun cun gak..tapi takde tempat la nak letak..takut dilanggar dek si budak comel aku ni..bahaya pulak kang

Haha..aku selalu come out dengan idea mengarut la.. :)





Selepas Lebih kurang sebulan.. Inilah ceritanya akuarium tu
















Ada yang dah berbunga2 cinta dah pun hihi

seronok giler

tengah nak tunggu yang sebelah kanan..yang baru kuar kudup tu kembang pulak

rasanya macam lagi cantik kot..

Saturday, April 16, 2011

Orkid Lagi


Tamak tak aku?

Orkid ni yang jenis biasa-biasa je pun tapi aku suka. Almaklumlah, nak beli yang mahal tu belum
berkemampuan penuh



Ini versi pasu, yang versi atas tanah pun aku ada juga dihujung laman sana..

Kebanyakan orkid aku ada masalah yang sama dengan orkid orang lain gak.. sikuning durjana

tu..kumbang perosak..aku mmg geram sesangat.

Tapi yang dalam pasu ni agak selamat la..kurang serangan

Layan..

Tak dan nak amik bunga satu2..nanti next post aku usahakan ye

Friday, April 15, 2011

Spesis Pokok Air : Pokok Lipan


Pokok air ni aku bawa jauh dari Restoran La Chateu De Puah..KL

Tapi aku sebenarnya tak pandai nak bela dia..tapi sangat banyak membiak. Yang mana dah

banyak sangat tu aku campak dalam pasu air kat dalam kolam..



Ada sesiapa yang tau pasal pokok ni? Ada orang kata pokok lipan..

Thursday, April 14, 2011

Orkid Kuning Pilin

Nak kongsi lagi.. kecantikan orkid pilin ni..







Pokok ni sebenarnya dah tua, tengoklah pasunya pun dah besar dah

Tapi masalahnya anak dia semuanya tumbuh dari pangkal

tak ada anak yang tumbuh dari batangnya macam orkid lain

so, susahlah nak biakkan..kan



Tapi siyes, bunga dia memang cantik

dan kali ni dia berbunga 2 tangkai sekaligus

ada sesiapa berkenan? hihi

Wednesday, April 13, 2011

SiKuning Tak Bernama


Rasanya dah lebih setengah tahun menunggu pokok ni berbunga
Tapi apa nama pokok janganlah ditanya
kata nyonya nurseri tu..ianya adalah spesis orkid jugak
ye ke tidak..tak pastilah


Asalkan bunga dia cantik jelita..okeh jek
Bunga dia cantik kaler kuning terang
keluar cuma sekuntum untuk satu batang bunga so far
Tapi bunga tak tahan lama
cuma sehari
Jadilah..


Pokok ni ada banyak sangat musuh
ulat gulung, belalang hijau..macam-macam lah


Dah banyak tempat alih, tapi kat sini je yang serasi..daunnya cantik
kurang dimakan ulat


Sesiapa tau namanya..sila inform ye..