Thursday, November 29, 2012

Bila Ros Tisu Kembang Sepasu... Ramai Yang Tertawan


Bulan paling indah bila ros tisu yang dah bertahun ditanam.. sihat gemuk & mengeluarkan lebih 20 kuntum buds.. meriah sungguh gadis kampung yang ayu ni..





































Try cucuk cutting tapi tak banyak berjaya.. payah juga menyemai guna cutting ni.. tapi nak buat macam mana kan.. dah saya ni tak pandai tut pokok. Lagipun tengok batang ros tisu yang halus2 ni.. ntah mcm mana nak di tut..

Koleksi Baja Terkini Untuk Tanaman..

Saya bukannya guna baja yang pelik2.. baja biasa2 je. Semua ni saya beli kat kedai RM2 je pun.. 




Yang ini dipanggil baja udang di group rose.. baja ni memang bagus. Baunya pun takde lah teruk sangat.. boleh tahan lagi la.. 



Baja yang sesuai, cukup sukatan, cahaya matahari yang mencukupi, siraman air secukupnya & penjagaan yang berterusan.. itu kunci agar pokok2 sihat.

Bila dah banyak pokok, kadangkala saya pun terlepas pandang certain2 section.. sekarang ni sibuk dengan ros, orkid... pokok bunga kertas & sayur2 dibelakang sedikit terabai. Slow2 lah saya mula semula.

Jadi untuk memudahkan, saya guna baja yang kesemua pokok2 boleh guna juga. Baja2 organik haiwan ni bagus untuk menggemukkan daun, banyakkan pucuk & bunga juga. Jadi saya tak perlu risau tersalah baja :)

Sesekali chemical tu penting untuk koleksi ros. Itupun bila serangan dah tak terkawal. Selagi boleh..saya malas guna chemical..sebab kene hati2 ikut peraturan guna. Chemical kan..

Wednesday, November 28, 2012

Carefree Beauty Yang Tak Cerewet..

Pokok paling senang, paling tak cerewet selain rose kampung.. memang mudah jaga. Sejak bli memang tak pernah ada masalah.. sampaikan tengok daunnya pun sayang nak potong.. hihi..








See.. daunnya yang sihat tu sayang sangat kan tengok.. :)

Kalau boleh saya nak semai cutting CB ni ..biar saya ada beberapa pokok tapi hasil semaian saya sendiri. Actually nak beli pun tak mahal.. paling mahal saya pernah jumpa ialah RM9.00 di kedai bunga lah..


Tuesday, November 27, 2012

Golden Celebration Mekar Meriahkan November ..

GC kembali mekar setelah berbulan teruk dserang thrips & BS.. lama saya pinch budsnya kerana tak mahu lihat bunga yang rosak.. :( 

 Kini ia mekar lagi.. indahnya hari saya.. 







Monday, November 26, 2012

Lavaglut@D'Carpet

Lavaglut@D'Carpet saya.. :) 






Pokok masih kecil.. Beli anaknya online.. sekarang ni baru naik & sihat selepas diserang thrips & black spot yang teruk..

Lavaglut ni kalau full bloom pun comel2 je..tapi kaler dia memang meriah..