Showing posts with label Koleksi Orkid. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Orkid. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Kurang Ajar Punya Ulat!!!!!!!!



Hukhukhukhuk... Uwaaaaaaa....

Ulat dah makan!!!!!!!!!!!

Geramnya saya!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 3, 2012

Tunas Bunga Lagi..


Butterfly ni dah setahun tak henti berbunga2 cinta.. silih berganti. Nampak kan..batang bunga yg bawah tu.. tu yg lama. yang setahun lepas tu la..

Then atas tu kuar lagi batang bunga.. huhu.. alangkah bahagianya.. setahun tanpa henti bunganya!

Friday, December 23, 2011

Wednesday, December 14, 2011

Koleksi Coelogyne Rochusseni..Mula Berbunga


Hasil re-pot.. pertama kali berbunga nampaknya..





Koleksi Coelogyne Rochusseni yang telah di re-pot.. induknya ada 2 pasu sedang.. tapi tak menunjukkan tanda nak berbunga lagi.. on the way kot..

Hasil re-pot ni ada lebih kurang 9 pasu.. :D

Cymbidium Finlaysonianum..Berbunga Lagi






Induk asal.. juluran tangkai ke-3..




Yang ini hasil re-pot beberapa bulan lepas.. ini bunga 1st la kiranya..

Wednesday, October 5, 2011

Terbaru .. Orkid Di Laman Saya


orkid putih tapi bunga jenis yang besar. Kuntum dia tak mahu banyak tapi syukurlah ia masih sudi berbunga :)












Setelah berkali tunasnya menjadi hitam apabila mencapai sejengkal panjang.. kali ini ia sudah berkuntum. Tak sabar nak melihatnya






Orkid kuning ini memang sedang meriah berbunga dihalaman saya.. segar & berseri.. siapa tengok mesti geram :)





Sunday, April 17, 2011

Aquarium Terbuang Jadi Bekas Tanaman Orkid?






Ini idea asal mak aku. Aquarium ni dah lama terlungkup kat tepi rumah. Nak isi ikan, silikonnya dah bocor..air akan keluar.. aku nak angkat tak larat..berat giler

So, aku tanya-tanya dengan mak..apa nak buat dengan dia ni. .

Mak kata kita cuba letak sabut dan tanam orkid jengking dalam ni..kot2 la boleh ke..sape tau kan..takde sape marah aku nak buat apa pun hihihi

Hmm..kalau buat mini taman kaktus pun cun gak..tapi takde tempat la nak letak..takut dilanggar dek si budak comel aku ni..bahaya pulak kang

Haha..aku selalu come out dengan idea mengarut la.. :)





Selepas Lebih kurang sebulan.. Inilah ceritanya akuarium tu
















Ada yang dah berbunga2 cinta dah pun hihi

seronok giler

tengah nak tunggu yang sebelah kanan..yang baru kuar kudup tu kembang pulak

rasanya macam lagi cantik kot..

Saturday, April 16, 2011

Orkid Lagi


Tamak tak aku?

Orkid ni yang jenis biasa-biasa je pun tapi aku suka. Almaklumlah, nak beli yang mahal tu belum
berkemampuan penuh



Ini versi pasu, yang versi atas tanah pun aku ada juga dihujung laman sana..

Kebanyakan orkid aku ada masalah yang sama dengan orkid orang lain gak.. sikuning durjana

tu..kumbang perosak..aku mmg geram sesangat.

Tapi yang dalam pasu ni agak selamat la..kurang serangan

Layan..

Tak dan nak amik bunga satu2..nanti next post aku usahakan ye

Thursday, April 14, 2011

Orkid Kuning Pilin

Nak kongsi lagi.. kecantikan orkid pilin ni..







Pokok ni sebenarnya dah tua, tengoklah pasunya pun dah besar dah

Tapi masalahnya anak dia semuanya tumbuh dari pangkal

tak ada anak yang tumbuh dari batangnya macam orkid lain

so, susahlah nak biakkan..kan



Tapi siyes, bunga dia memang cantik

dan kali ni dia berbunga 2 tangkai sekaligus

ada sesiapa berkenan? hihi

Wednesday, April 13, 2011

SiKuning Tak Bernama


Rasanya dah lebih setengah tahun menunggu pokok ni berbunga
Tapi apa nama pokok janganlah ditanya
kata nyonya nurseri tu..ianya adalah spesis orkid jugak
ye ke tidak..tak pastilah


Asalkan bunga dia cantik jelita..okeh jek
Bunga dia cantik kaler kuning terang
keluar cuma sekuntum untuk satu batang bunga so far
Tapi bunga tak tahan lama
cuma sehari
Jadilah..


Pokok ni ada banyak sangat musuh
ulat gulung, belalang hijau..macam-macam lah


Dah banyak tempat alih, tapi kat sini je yang serasi..daunnya cantik
kurang dimakan ulat


Sesiapa tau namanya..sila inform ye..

Monday, March 7, 2011

Orkid Jurai Lagi.. Yang Juga Tanpa Nama


Orkid yang aku tak tau namanya ni ambil dari mak..
berkenankan bunga dia yang berjurai2 tu..
Ini version yang aku tanam sendiri..sudah berjaya berbunga..hoye! suka!

Sunday, March 6, 2011

Coelogyne Rochusseni






Coelogyne Rochusseni..
Aku baru tau itu nama dia lepas jalan-jalan kat blog ni
kalau tak medang la aku panggil dia orkid pisang jek
sebab kat hidung aku bau dia wangi mcm pisang..hmmm.. wanginya..

Yang ini aku ada beberapa pasu dah. Tapi yang tengah berbunga cuma 2 pasu jek. yang lain tu masih kecik kot..ke tak cukup nutrien ke pe.. takpe..aku tunggu lagi..

Satu pasu yang aku gantung asyik buat alarm rumah berbunyi kerana ia menari2 ditiup angin..haha..sebagai alternatif aku letak la dia kat pergola kolam dulu..

Bila pagi-pagi kuar rumah nampak ia bergantungan..aku rasa 'hidup'

Thursday, November 19, 2009

Orkid Kuning Bunga Besar

Orkid biasa tapi bunganya berkelopak lebar dari orkid jengking yang biasa
tanam melalui keratan batang
beli dari pameran orkid danga bay Jun 2009
berharga RM12/sebatang
setakat ni tumbuh subur, satu tanam dalam pasu, satu lagi atas tanah
Yang dalam pasu setakat ni dah mengeluarkan bunga pertama
Yang atas tanah sudah mengeluarkan 2 tunas berlainan

Orkid Kuning & Purple

Ini memang koleksi orkid yang mak semaikan. Kat rumah mak ada banyak. Ini baru permulaan je..(harap-harapnya menjadi la) ...