Showing posts with label Hydrangea. Show all posts
Showing posts with label Hydrangea. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Si Zaleha Akhirnya Menguntum..

Kenal bunga zaleha?
atau lebih kenal Hydrangea?
sama je :)



Dalam sabar..hydrangea ni dah hampir kene campak ke tong sampah sebab penat dilayan tak mahu berbunga.

Letak kat porch, daunnya sangat cantik.. lebar-lebar..hijau2.. tapi bayang bunga memang langsung takde. So masa mak abah tolong kemas laman, mama mintak tolong angkatkan ke arch.. tak redup sangat tapi tak jugak panas sangat..

Makan bulan juga dok situ..
macam-macam baja dia dah telan

Akhirnya dia sudah berbunga 3 jambak.. sempat snap 2 saja..1 lagi lupa ..jadilah..sebesar penumbuk daku.. dari tak ada kan..

suka bunga dia..memang cantik & unik

Wednesday, December 2, 2009

Jatuh Cinta Pada Si Hydrangea


Hydrangea ini baru beberapa minggu aku semai semula. Pokok asalnya dari rumah MIL aku tapi hydrangea ni tak berbunga kat sana. Kenapa? Aku tak tahu.

Aku mula jatuh cinta pada hydrangea ni masa aku nampak dalam majalah Laman Impiana. Edisi yang mana aku dah lupa. Sejak tu aku cari hydrangea ni tapi tak jumpa. Rupanya pokok ni ada kat laman belakang rumah MIL aku je.. cuai sungguh aku..

Aku & SIL aku kerat dahan-dahan hydrangea ni dan kami masing-masing tanam sikit sorang. Manalah tahu hydrangea ni sesuai di halaman kami kan.

Gambar kat atas ni adalah gambar hari ini. Hydrangea aku semai sudah mula bertunas dengan banyak. Daun-daunnya yang kering tu tak aku buang sebab tak nak menganggu percambahannya. Manalah tahu dia akan mati kalau aku usik-usik nanti. Biarkan je dulu macam tu.