Showing posts with label Ros Kampung. Show all posts
Showing posts with label Ros Kampung. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Ini sebahagian dari angan-angan saya..
Saya mahu menanam ros kampung sekeliling dalam pagar halaman..

Ini baru separuh perjalanan.. :)




Wednesday, October 2, 2013

Damask.. Si Ros Kampung Yang Menawan

Memang di kategori sebagai ros kampung tetapi sangat tahan lasak, rajin berbunga & mempunyai bau yang sangat menyegarkan urat saraf :)

Jika ia berbunga dari Basal Break ( BB ) yang sihat dan mendapat keperluan mencukupi.. ia boleh melebihi dari apa yang saya dapat september lalu :)

Jambak ini kembang pada september 2013









Wednesday, April 3, 2013

Keharuman Damask Kembali Ke Laman..

Sewaktu ros ini mula berkuntum.. hati sangat tertanya-tanya.. mungkinkah ia damask yang dirindui?? Ibu ros damask saya nazak & hampir mati akibat kanker akar. Sedaya saya cuba menyelamatkan & drastiknya dahan2 agak tua saya potong untuk semaian cutting. Manalah tahu ibu pokok ini mati kan.. huhu

Hampir 2 bulan menunggu.. dalam hampir 10 polibeg cutting, hanya 1 poli yang layak di pindahkan ke pasu. Kecil sahaja pulak tu..

sewaktu baru menguntum..



mula membuka kelopak..



 kelopak sudah terbuka..




 

Memang penantian terasa berbaloi2.. harumnya damask terasa menyusup masuk ke rongga hidung & memberi rasa segar & kepuasan yang tak dapat nak digambarkan

Syukur alhamdulillah..