Showing posts with label Baja N Racun. Show all posts
Showing posts with label Baja N Racun. Show all posts

Sunday, February 10, 2013

Baja Foliar Hijau


Ini baja terbaru dalam koleksi. Baru jumpa setelah banyak kali dicari :)

Kata kawan-kawan yang telah menggunakannya, foliar hijau ni untuk pertumbuhan daun manakala foliar merah/pink untuk pembungaan.

Cara bancuhan pula ada disertakan pada leaflet tapi untuk sukatan segelen. Makanya untuk 1 liter.. ramai yang suggest untuk gunakan 1 sudu kecil. Boleh di sembur keseluruhan pokok & tanahnya sekali atau pun boleh je siram terus ke tanahnya.. tak payah sembur

Ni baru 1st time guna after enzim buatan sendiri. Selepas 2 minggu siram enzim buatan sendiri.. tunas2 naik mencanak2

Bagus juga :)

Thursday, November 29, 2012

Koleksi Baja Terkini Untuk Tanaman..

Saya bukannya guna baja yang pelik2.. baja biasa2 je. Semua ni saya beli kat kedai RM2 je pun.. 




Yang ini dipanggil baja udang di group rose.. baja ni memang bagus. Baunya pun takde lah teruk sangat.. boleh tahan lagi la.. 



Baja yang sesuai, cukup sukatan, cahaya matahari yang mencukupi, siraman air secukupnya & penjagaan yang berterusan.. itu kunci agar pokok2 sihat.

Bila dah banyak pokok, kadangkala saya pun terlepas pandang certain2 section.. sekarang ni sibuk dengan ros, orkid... pokok bunga kertas & sayur2 dibelakang sedikit terabai. Slow2 lah saya mula semula.

Jadi untuk memudahkan, saya guna baja yang kesemua pokok2 boleh guna juga. Baja2 organik haiwan ni bagus untuk menggemukkan daun, banyakkan pucuk & bunga juga. Jadi saya tak perlu risau tersalah baja :)

Sesekali chemical tu penting untuk koleksi ros. Itupun bila serangan dah tak terkawal. Selagi boleh..saya malas guna chemical..sebab kene hati2 ikut peraturan guna. Chemical kan..