Saturday, November 23, 2013

Butter Daisy - kecil tapi meriah




Senang ditanam
senang dijaga
baja apa saja
tapi bila berbunga sangat meriah

Benihnya mcm dari bunga
halus2..
bila dah tanam sepokok..
secara autonya ia akan tumbuh yang lain dengan sendirinya
mula bersepah macam anak ayam dilaman
:)

Thursday, November 21, 2013

Bunga Kucai


Kucai dirumah
mencancang-cancang bunganya
biji benih bakal bertaburan
menambahkan lagi koleksi kucai yang ada.


Allium schoenoprasum atau ringkasnya dipanggil kucai

Khasiat Kucai

1. Kucai mengandungi vitamin B dan C, dan karotin. Ia boleh mengubati penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

2. Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian kacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Wednesday, November 13, 2013

Kuning Kampung Yang Menyerlah Dihalaman

KuningKampung ni salah satu dari banyak-banyak spesis ros kampung juga. 
Bau wangi light
Rajin berbunga dan kurang cerewet.

Bunganya medium size je
masa half bloom paling cantik warnanya sebab kuning & kuning pudar bagaikan bunga hiasa pada kek :) tapi bentuk paling cantik adalah apabila overbloom..







Bentuk petals ros kuning kampung apabila overbloom


Saya suka kuning. sebab kuning menyerlahkan seri laman :)

Saturday, November 9, 2013

Daisy..


 Musim daisy berbunga sudah pun bermula sejak awal november :)
Most of my daisy pun dah banyak yang keluar putik bunga walaupun sebelum ni agak payah nak berbunga. Mungkin sebab tempat letak tak sesuai.. panas sangat kot..

Then after alih ke "perumahan baru" nampak ada sikit perubahan pada warna daun-daun daisy, tahap kesegarannya dan yang paling seronok.. daisy yang tak kampung pun mula berbunga setelah sekian lama dibela, dijaga & dibiasakan dengan cuaca..


Beli kat giant tampoi je ni.. RM10.99



 Ini legasi daisy kampung. Letak la mana pun.. dia ok sahaja. Cuma beza gumuk & tidak je. Tapi nampaknya dia pun suka dengan perumahan baru ni :)

sebelum betul-betul bloom.. warna gelap..


Full bloom.. warna peach yang cantik

Setakat ini yang ada dalam koleksi cuma merah, peach, kuning, putih, pink & daisy cameron kuning pucat je..

Tuesday, November 5, 2013

Cactus.. 1st time blooming.. Rare..

Cactus ini pemberian seorang kawan alam facebook yang jauh di utara.. aida namanya..
Berkenankan cactus ini yang dishare aida di facebooknya. Rupanya tak lama kemudian, aida sudi mengirimkan keratannya..
Alhamdulillah..terima kasih aida

Agak lama menanamnya.. makan bulan juga. Ia membesar..sihat & memenuhi pasu. Disebabkan ia melempai-lempai keluar pasu makanya ia saya gantung pula sebab kesiankan dahan lembutnya mencecah lantai

Dalam seminggu digantung di tempat terbuka, nampak ada sekumpulan seperti tunas. Rupanya.. ia adalah bud bunga.. :)

Ini rupa bud bunganya..



Ini pula rupanya dimalam sebelum ia kembang. Tak tahu pun ini rupanya bila dah nak kembang :)


Dan ini pula rupanya bila ia kembang hari ini.. 1 Muharram 1435H..
Bunga tahun baru islam :)





Apakah agaknya namanya?
Saya memang failed bab mencari id ni..hihi

Ini gambar sepasu yang tergantung :)