Tuesday, March 5, 2013

Red Success..





Red Success
Sebelum ni kami panggil Jingga Irisa
Antara ros yang senang dijaga & tak cerewet. Bunganya bersaiz besar.. berwarna terang

Sekuntum dia kembang di halaman.. meriah pancaran warnanya :)






Hajat dihati nak semai cutting untuk menambah koleksi pasu :)

Red Success..tak pernah mengecewakan :)

Sunday, February 10, 2013

Baja Foliar Hijau


Ini baja terbaru dalam koleksi. Baru jumpa setelah banyak kali dicari :)

Kata kawan-kawan yang telah menggunakannya, foliar hijau ni untuk pertumbuhan daun manakala foliar merah/pink untuk pembungaan.

Cara bancuhan pula ada disertakan pada leaflet tapi untuk sukatan segelen. Makanya untuk 1 liter.. ramai yang suggest untuk gunakan 1 sudu kecil. Boleh di sembur keseluruhan pokok & tanahnya sekali atau pun boleh je siram terus ke tanahnya.. tak payah sembur

Ni baru 1st time guna after enzim buatan sendiri. Selepas 2 minggu siram enzim buatan sendiri.. tunas2 naik mencanak2

Bagus juga :)

Thursday, February 7, 2013

Meriahnya Prosperity Febuari..

Masa beli takdelah besar sangat. Tapi pokoknya sihat. Tak repot (salin pasu) selama 2 minggu saya biarkan. Just baja & siram sahaja. Habis tempoh tu terus masuk pasu baru. Alhamdulillah baru lebihkurang 5 bulan dalam jagaan saya.. 

 1st time dapat jambak sebesar ini.. rasa sungguh berbaloi2 :) 

Baja yang saya gunakan.. baja udang, tahi ayam & tahi kambing sahaja.. 

Racun hanya digunakan sekiranya terdapat tanda2 serangan. Jika tidak memadai dengan sembur ridsect h2o.













Sunday, January 20, 2013

Cara Yang Betul Memotong Dahan Ros


Dalam gambar ni jelas kan.. bagaimana cara yang betul untuk memotong dahan ros. Seeloknya seal bahagian yang dipotong untuk mengelakkan kanker.

Satu lagi.. lakukan aktiviti potong memotong diwaktu pagi yang tak hujan supaya bahagian yang dipotong boleh kering sepenuhnya menjelang petang..

Tuesday, December 25, 2012

Kembang di Pagi Krismas 2012

 Tinneke @ Green Apple



 Full picture sepasu Tinneke yang sedang meriah berbunga



 Yankee Doodle



Paradise

Walau ada masalah Black Spot melanda akibat hujan setiap hari dari petang membawa ke malam. namun masalah terkawal & black spot adalah masalah biasa bagi penanam ros di malaysia..hihi

Saturday, December 1, 2012

Oh Babyrose ku.. Akhirnya Kini Dilaman

Akhirnya saya berjaya juga dapatkan babyrose setelah puas mencari di nuseri sekitar skudai & kulai..huhu.. tapi yang ini saya beli online. Dihantar oleh seller guna poslaju. Gambar ni saya ambil sejurus saya buka kotaknya..

Memang pokok didalam kotak masih segar..masih elok.. tanahnya sket saja yang terkeluar pun. Keles lah cara packing dia.





Memang comel sangat kan.. :)