Monday, January 13, 2014

Alamanda


Saya ada hanya sejenis sahaja dirumah.. kalau gugel.. ada beberapa warna yang menarik..
seperti
kuning, pink dan ala-ala maroon..

Pokok senang jaga. Senang hidup melalui keratan batang. Ia berbatang agak keras tetapi memerlukan sokongan untuk berpaut. Jika dibuatkan pergola atau para ia akan menjadi lebih menarik terutamanya apabila ia mula berbunga kerana sekali ia berbunga, ia takkan pernah berhenti berbunga :)

Pernah tanya kat nursery.. belas ringgit juga sepoli.. :)

Monday, January 6, 2014

Selepas DiLanda Masalah Kulat Kuning.. Bongkah 1 & 5 Mula Bercambah

Bongkah Oyster Mushroom dilanda masalah kulat kuning & putih. Medium jadi keras & memutih serta menguning, tak bagus untuk pertumbuhan cendawan..

Saya terpaksa membuang lapisan atas sehingga nampak medium yang coklat. Semburan air terpaksa dibuat beberapa kali sehari kerana cuaca panas kering..

Beberapa hari lepas saya mula nampak pertumbuhan. Alhamdulillah..

Ini untuk hari ini.. daro Bongkah 1


Ini pula dari Bongkah 5

Ini pula semua bongkah oyster mushroom saya..

Monday, December 30, 2013

Bongkah 3 Sudah Bercambah!




Selepas sehari semalam.. ini rupanya..




Ok..kita compare dua gambar ye
 

Wednesday, December 25, 2013

Oyster Mushroom Project




As remark..
Oyster Mushroom Project start on Christmas
25 December 2013

Thursday, December 12, 2013

Si Zaleha Akhirnya Menguntum..

Kenal bunga zaleha?
atau lebih kenal Hydrangea?
sama je :)



Dalam sabar..hydrangea ni dah hampir kene campak ke tong sampah sebab penat dilayan tak mahu berbunga.

Letak kat porch, daunnya sangat cantik.. lebar-lebar..hijau2.. tapi bayang bunga memang langsung takde. So masa mak abah tolong kemas laman, mama mintak tolong angkatkan ke arch.. tak redup sangat tapi tak jugak panas sangat..

Makan bulan juga dok situ..
macam-macam baja dia dah telan

Akhirnya dia sudah berbunga 3 jambak.. sempat snap 2 saja..1 lagi lupa ..jadilah..sebesar penumbuk daku.. dari tak ada kan..

suka bunga dia..memang cantik & unik

Friday, December 6, 2013

La France @ Queen Zubaidah.. pulih dari Mites


La France ini baru pulih dari serangan mites. Dain berbintik kemerahan & belakang daun macam berhabuk merah halus.. boleh dirasa dengan jari.

Jalan selamat adalah togelkan semua daun. Daun terlibat masuk dalam plastik & ikat kuat. terus buang. Dikuatiri menjangkit ke pokok lain pulak nanti..

Lepas tu siram, baja & racun 3s seperti biasa ikut jadual. Alhamdulillah ia kembali menguntum bunga yang cantik :)

Wednesday, December 4, 2013

Salam Kembali..



10 hari meninggalkan syurga kami..
meninggalkan semua anak-anak angkat & anak- anak duri
serta anak-anak lain..

Dimalam kami kembali ke syurga kami..
di sambut oleh pengantin di pagar
sungguh indah..sungguh cantik..

walau hujan mencurah setiap hari..
rumput panjang mencecah lutut
lumut hampir seinci tebal..

Namun.. halaman kami tetap cantik..
secantik kelopak-kelopak mawar yang berguguran di sekitar setiap pokok..

Alhamdulillah..