Monday, November 30, 2009

Pesona Si Pokok Pedang

Pokok ni yang aku tahu orang panggil 'pokok pedang'. Kenapa? Katanya sebab fizikalnya yang lurus dan tajam macam pedang. Hujungnya pun tajam. Kena mata boleh cedera jugak ni!

Aku nampak pokok ni dalam majalah Anjung Seri. Ditanam dalam pasu sedang dan dijadikan hiasan diatas almari antik. Cantik pulak.

Kebetulan kat rumah MIL aku ada pokok ni. Dah beranak pinak pun jadi aku mintak la sikit. Manalah tahu aku tanam nanti dia jadi cantik macam dalam majalah tu kan..hehehe

Yang aku ambik ni cuma ada 2 pedang je. Dah sedang elok besarnya. Aku tanam dalam pasu tinggi warna coklat. Kenapa? Sebab warna pasu dan pokok yang ditanam kalau boleh biarlah kontra supaya kecantikan pasu dan pokok didalamnya terserlah. Ini tips dari majalah Laman Impiana..

Ilmu yang baru aku dapat ni aku cuba aplikasikan dalam penanaman supaya pokok-pokok dalam halaman aku menyerlah kecantikannya. Hmm.. 'wahai pokok pedangku...hiduplah dengan cantik ye...'

Friday, November 27, 2009

Tukar Pasu Pokok Duit



Setelah ditambah tanah beberapa bulan lalu, kini pokok duitku sudah cantik bertunas. Macam sayang pulak biarkan dia dalam pasu yang biasa tu. Tak terserlah kecantikannya. This week aku pergi nurseri, aku beli satu pasu tinggi, ambik warna coklat untuk lebih menyerlahkan warna hijau pokok duit, Harga pasu ini...cuma RM3 sahaja..murah kan..

Tambah tanah 1/3 pasu, keluarkan pokok duit yang asal dan masukkan pasu baru. Tu je. Atas dia penuhkan sikit dengan tanah, Bagi tutup pangkal dia. Topping dia... (baru belajar ni) aku letakkan batu-batu putih kecil. Nampak sangat menyerlah cantiknya pokok duit ni.

So, aku letak dia kat tengah-tengah antara 2 buah kerusi rotan kat porch. Hmm..rasanya dia sesuai la kat situ. Aku letak baja organik tahi kambing je sikit-sikit. Berat mengangkat pasunya tak terasa bila tengok dia dah disusun kat sini. Cantik..aku puas hati dapat menyerlahkan kecantikannya...

Thursday, November 26, 2009

Pokok Dari Cameron



Pokok ini MIL yang bagi. Katanya beli kat tepi jalan odw ke Cameron. Katanya ini pokok ekor kucing tapi bila aku search kat internet, pokok ekor kucing lain...

Di rumah MIL pokok ini tak nakbertambah-tambah. Maksud aku bertambah tumbuh yang baru dari pangkal dia. Tumbuh memanjang kat hujung ala-ala pucuk tu ada la. Dah banyak kali aku try nak semai tapi tak berjaya. MIL kata pokok ini cuma perlukan batu dan arang je. Tapi kenapa pokok ni tak begitu sihat pun? Entahlah..tak de siapa tahu.

2 ke 3 bulan lepas MIL pecah dua pokok ni. Jadikan 2 pasu. Ambik terus dengan akar dia. Tapi semalam, ada bahagian yang kering nak mati. Dia bagi kat aku suruh tanam pulak. Aku terfikir mcm ni, pokok ni mesti kat hutan cameron, mungkin spesis menumpang, tapi persekitaran yang panas ditanah rendah buat dia tak nak tumbuh subur.

Aku cuma try alas pasu dengan sabut, letak sedikit tanah nurseri yang hitam, potong bahagian yang kering, cucuk dalam penggalak akar dan cucuk kat dalam tanah. Keliling dia aku letak sedikit gel..tutup sket dengan arang dan kepung dengan sabut semula. Aku nak gantung pokok ni tapi tunggu hubbyku balik la. Nak ketuk paku tak sampai..

Tunggu la perkembangan pokok yg tak bernama ni..nanti. Hidup la...hendaknya. Aku betul-betul tak tahu macam mana nak jaga dia...

Tuesday, November 24, 2009

Pokok Bunga Tongkeng



Pokok bunga tongkeng

Mintak makcik semaikan sebab kat rumah dia ada yang besar. Perghh.. susah jugak nak menghidupkan dia. Lama jugak lepas ambik dari rumah makcik tu..dia tak naik-naik pun. Dok statik macam tu jugak. Alas bawah pasu pun tak jugak. Last-last tukar masuk pasu lain, tambah tanah nuseri.

Wah..dah besar sekarang ni. Dah memanjat dah pun. Tak tahu nak panjatkan kat mana.. panjatkan je kat pagar ni. Dekat sikit nak tengok bunganya nanti.

Bunga dia warna putih kuning-kuning dan berbau sangat la wangi lebih-lebih lagi waktu malam. Tak sabar nak tengok is berbunga di halamanku..

Harum Sundal Malam..



Pukul 11 malam tadi waktu sampai kat depan gate rumah, aku terbau satu haruman yang hampir-hampir membuat bulu roma berdiri... tetapi bila nak tutup gate aje, bau haruman semakin kuat. Barulah aku teringat yang 'sundal malam' ku itu baru sahaja kembang sekuntum dari tangkai bunganya pagi tadi. Dan malam ini sudah beberapa kuntum berkembang. Bau harumnya menusuk hidung hingga ke dalam rumah dan masterbed.. hmmm....

Puashati sungguh dapat melihat bunga ini. Rasa penat menanam dan menjaga berbaloi bila menghidu harumannya..

Sunday, November 22, 2009

Peach Daisy

Ini pokok induk, mak teh yang bagi
kat rumah dia ada banyak, subur-subur..
kata mak teh dia tak pernah letak baja pun. cuma tanam guna tanah beli kat nuseri je
hmmm....

Saturday, November 21, 2009

Masalah : Sundal Malam


pokok sundal malam ni hujung daunnya kering dan macam terbakar. Dipercayai terlebih air. Puaslah menggembur semula..ingatkan tanah terlalu panas..
Macam mana tak terlebih air, kawasan ini memang selalu berlondang dengan air hujan sebab tanah rumah kami ni tanah liat. Air tak meresap..
Tengah fikir..macam mana nak buat...





Yang ini pulak..salah sendiri. Baja pokok lain..terkena pokok lain. Pokok sundal malam ni terkena baja merah. Pangkal daun dia melecur dan atas tanah dia ada bintik-bintik putih yang banyak

Tu la..lain kali jangan poyo..isy..
Tapi nampaknya dah kembali pulih ni. Nasib baik cepat sedar

Pokok Bunga Sundal Malam



Sundal malam ni baru pertama kali berbunga setelah hampir 6 bulan ditanam.

Gembur Tanah Adenium

Gambar terbaru Adenium ku
Tanah baru digemburkan dan dah tabur baja. Nampak tanah dia macam padat tapi sebenarnya tidak pun. Sebelum ni letak kat tengah laman sana. Pindahkan sebab bila berbunga, jauh bebenor nak tengok. Sayup-sayup je nampak dari beranda sliding.
Tempat baru dia ni kat porch, betul-betul sebelah gate.
Sila abaikan gambar tong sampah tu ye..tak de kena mengena..

Semai Minat Menanam Ros


Ini ialah pokok bunga ros pertama ku, requested by hubby
Warna merah pekat terang, baldu
Bau yang sangat wangi
RM5 sepokok




Ini belian ke -2
Warna pink pekat, baunya sangat wangi
Tapi pokok ini sudah ku buang daun-daunnya yang tak sihat. Takut affect kat yang lain-lain
RM5 sepokok





Ini belian ke -3
Belum sure warna sebenarnya.. beli aje..




Ini pokok bunga ros warna oren
belikan khas untuk ibuku yang tersayang. susah sangat nak cari. siap tempah kat nuseri
RM5 sepokok
Masa ni ada 2 kuntum. 1 dah fully bloom. 1 lagi belum.
wangi jugak..pergh...hmmm...



Thursday, November 19, 2009

Orkid Kuning Bunga Besar

Orkid biasa tapi bunganya berkelopak lebar dari orkid jengking yang biasa
tanam melalui keratan batang
beli dari pameran orkid danga bay Jun 2009
berharga RM12/sebatang
setakat ni tumbuh subur, satu tanam dalam pasu, satu lagi atas tanah
Yang dalam pasu setakat ni dah mengeluarkan bunga pertama
Yang atas tanah sudah mengeluarkan 2 tunas berlainan

Adenium Merah Pekat


Ini pokok Adenium pertama ku ye..
sangat teruja dan berkenan nak tanam. tapi tak pernah berpeluang.
So teringin nak cari adenium warna-warna yang lain pulak..
khabarnya ada macam-macam nama, rupa bentuk, warna...
perghhh...teruja sey!

Daisy Merah (Tebal)

Daisy Merah Terang
bunga dia kelopak halus-halus, panjang-panjang
ada banyak lapis
bunga nampak sangat tebal
bila kembang sepenuhnya macam ni, hampir selebar tapak tangan kanak-kanak 2 ke 3 tahun

Pokok Lada

Salah satu dari pokok lada
walaupun tak berapa nak subur akibat faktor tanah, at least berbuah la jugak
sebenarnya ada tanam beberapa pokok tapi dalam banyak-banyak pokok lada besar, ini la yang paling cantik.
bangga jugak la bila kutip hasilnya..

Orkid Kuning & Purple

Ini memang koleksi orkid yang mak semaikan. Kat rumah mak ada banyak. Ini baru permulaan je..(harap-harapnya menjadi la) ...

Bunga Matahari 2nd Session


Ini bunga matahari session ke-2. Tak berapa nak subur. Tak tau la kenapa. Tanah liat ni kot yang punya punca. Tapi tak pe..at least ada gak nyonya yang berkenan datang mintak..hehehe

Wednesday, November 18, 2009

Pokok Pasuan Di Porch

Pokok orkid light purple
Beli dengan harga rm16
Kategori : senang jaga punya type
Memo : Bunga yg ada sudah bertahan dari sebelum puasa hingga ke hari post ini dibuat

Aneka spesis keladi masih baru disemai
Di Hujung gate sana ialah pokok duit
Tak beli, mintak je
Kategori : Perlu teduhan dan air yang cukup supaya pokoknya cantik dan hijau
Memo :


Aneka tanaman pasuan
Dari kiri : pokok pan,keladi hijau putih,keladi hijau merah,daisy peach,daisy merah & bunga ros
Daisy merah & peach (bunga tebal) - mak teh bagi
Daisy merah (bunga nipis) - beli rm5 sepasu
Yang lain tak beli, ambik benih kat rumah mak