Showing posts with label Masalah Pokok. Show all posts
Showing posts with label Masalah Pokok. Show all posts

Monday, November 21, 2011

Kenapa Jadi Macam Ni?


Entah apa masalah pokok mawar nih. Ke sebab hari asyik hujan jek.. bunga dia yang cantik ni jadi macam ni.. :(

Atau.. ada makhluk yang merosakkannya? Huh.. tak suka betul la..

Sunday, March 6, 2011

Alkisah Si 'Sundal Malam'

Ini wajah terbaru 'sundal malam' ku..huhuhu..setelah diserang bena & semut..






Dulu rupanya macam ni..





Berdasarkan pengalaman aku yang cetek bab menjaga pokok sundal malam ni :

~pokok ni perlukan cahaya matahari yang banyak

~ tak suka pada baja sebatian kimia sebab pangkalnya senang melepuh sebab mungkin baja kimia 'panas' ke..aku yang tabur baja nerapu2..entahlah

~ bena & semut suka menyerang bahagian ubinya. Dah puas aku cuci sebelum tanam di tempat baru tapi tak berjaya juga lah..akan ku cuba lagi nanti..

~dirumah mak kat kampung, sundal malam ni sangat subur. Batang bunga je lebih setengah depa panjang.. mungkin faktor jenis tanah & cuaca jugalah kot

~sesuai ditanam diatas tanah mahupun sebagai tanaman pasuan. Kat rumah kakak ipar aku cantik penuh sepasu sedang berbunga 2 tangkai panjang

~ada beberapa jenis sundal malam.. yang ini aku tengah usahakan info dia..tak mencukupi lagi untuk dikongsikan


Aku perlukan maklumat untuk menghalang serangan bena & semut ni. Kawasan tanaman sundal malam ni yang lama dah tak sesuai langsung sebab semut dah buat bandar kat situ..entah macam mana nak dibuat lagi..

Ada sesiapa yang punya ilmu lebih? Sudi2kanlah share..aku alu-alukan.. terima kasih

Thursday, September 2, 2010

Serangan siput

Lama betul tak menjengah blog pokok2 nih.. hmm..nak cerita banyak tapi tak sempat lah sebab sibuk memburu siput-siput yang makan tanaman di halaman. Uiskh..geram betul la..besar-besar pulak tu..
JAGA KAU!

Thursday, January 21, 2010

Bogak Jepun..


Semalam ke blog AfifiRamli, baru aku terperasan yang Bogak Jepunku ini mungkin terlebih air. Daunnya seperti terbakar. tak banyak tapi cukup unutk mencacatkan penampilannya yang cantik.

Aku baru tukar je pasu dia, bagi yang cantik sikit. Tanah nursery ni simpan air kot..so kena kurangkan penyiraman. Letak memang tempat panas dan hujan pun..

Saturday, November 21, 2009

Masalah : Sundal Malam


pokok sundal malam ni hujung daunnya kering dan macam terbakar. Dipercayai terlebih air. Puaslah menggembur semula..ingatkan tanah terlalu panas..
Macam mana tak terlebih air, kawasan ini memang selalu berlondang dengan air hujan sebab tanah rumah kami ni tanah liat. Air tak meresap..
Tengah fikir..macam mana nak buat...





Yang ini pulak..salah sendiri. Baja pokok lain..terkena pokok lain. Pokok sundal malam ni terkena baja merah. Pangkal daun dia melecur dan atas tanah dia ada bintik-bintik putih yang banyak

Tu la..lain kali jangan poyo..isy..
Tapi nampaknya dah kembali pulih ni. Nasib baik cepat sedar