Showing posts with label Spesis Yang Tidak Bernama. Show all posts
Showing posts with label Spesis Yang Tidak Bernama. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

SiKuning Tak Bernama


Rasanya dah lebih setengah tahun menunggu pokok ni berbunga
Tapi apa nama pokok janganlah ditanya
kata nyonya nurseri tu..ianya adalah spesis orkid jugak
ye ke tidak..tak pastilah


Asalkan bunga dia cantik jelita..okeh jek
Bunga dia cantik kaler kuning terang
keluar cuma sekuntum untuk satu batang bunga so far
Tapi bunga tak tahan lama
cuma sehari
Jadilah..


Pokok ni ada banyak sangat musuh
ulat gulung, belalang hijau..macam-macam lah


Dah banyak tempat alih, tapi kat sini je yang serasi..daunnya cantik
kurang dimakan ulat


Sesiapa tau namanya..sila inform ye..

Tuesday, March 8, 2011

Kaktus Apakah Ini..Aku Tak Tau Namanya






2 pasu kaktus ni..ntah apa namanya agaknya?
aku bab2 mencari2 nama spesis ni memang 'keras' sket la..tak pandai

Tapi sebab aku ni pencinta kaktus tegar..
aku tak kira kaktus apa..yang belum pernah tanam semua aku cuba tanam.. aku beli yang comel2 tu tau..yang 4 RM10 tu..
baru la adventure tanam dia..

kalau ada org tau nama dia bgtau aku ek!

Monday, March 7, 2011

Orkid Jurai Lagi.. Yang Juga Tanpa Nama


Orkid yang aku tak tau namanya ni ambil dari mak..
berkenankan bunga dia yang berjurai2 tu..
Ini version yang aku tanam sendiri..sudah berjaya berbunga..hoye! suka!

Friday, January 22, 2010

Belum Jumpa Namanya..



Pokok ini biasanya ada kat rumah chinese. Apa namanya..aku tak tau. Yang aku tau pokok ni sangat cantik, ada bunga merah kecil2..

Aku beli kat nursery biasa..RM5 je sepolibeg sedang. Alih dalam pasu hitam..menyerlah!

Thursday, December 3, 2009

Baru Di Tapak Semaian..


Pokok ini pun aku tak tahu pokok apa. Yang aku pernah jumpa, dia ada 3 warna daun; kelabu putih, kelabu kemerahan dan purple. Pokok ini memang sangat cantik. Daun dia macam plastik dan pokoknya boleh dibentuk sesuka hati. Nak dibiar tinggi atau rendang, terpulang..

Pokok yang purple ini aku suruh makcik-makcik aku mintakkan dari rumah cikgu anak diorang sebab kat rumah cikgu tu, pokok ni dah besar dan rendang. Hehehe..dengan senang hatinya cikgu tu kasi. Lebih kurang sedepa jugak dia potongkan..terima kasih cikgu!

Aku kerat jadi 3, aku semai dalam satu pasu je sebab aku tengah kekurangan tanah dan pasu.. Yang daun warna kelabu putih pun aku ada semai tapi nampaknya belum bercambah lagi tunasnya. Hai..rumah aku ni kekurangan kawasan teduh...

Thursday, November 26, 2009

Pokok Dari Cameron



Pokok ini MIL yang bagi. Katanya beli kat tepi jalan odw ke Cameron. Katanya ini pokok ekor kucing tapi bila aku search kat internet, pokok ekor kucing lain...

Di rumah MIL pokok ini tak nakbertambah-tambah. Maksud aku bertambah tumbuh yang baru dari pangkal dia. Tumbuh memanjang kat hujung ala-ala pucuk tu ada la. Dah banyak kali aku try nak semai tapi tak berjaya. MIL kata pokok ini cuma perlukan batu dan arang je. Tapi kenapa pokok ni tak begitu sihat pun? Entahlah..tak de siapa tahu.

2 ke 3 bulan lepas MIL pecah dua pokok ni. Jadikan 2 pasu. Ambik terus dengan akar dia. Tapi semalam, ada bahagian yang kering nak mati. Dia bagi kat aku suruh tanam pulak. Aku terfikir mcm ni, pokok ni mesti kat hutan cameron, mungkin spesis menumpang, tapi persekitaran yang panas ditanah rendah buat dia tak nak tumbuh subur.

Aku cuma try alas pasu dengan sabut, letak sedikit tanah nurseri yang hitam, potong bahagian yang kering, cucuk dalam penggalak akar dan cucuk kat dalam tanah. Keliling dia aku letak sedikit gel..tutup sket dengan arang dan kepung dengan sabut semula. Aku nak gantung pokok ni tapi tunggu hubbyku balik la. Nak ketuk paku tak sampai..

Tunggu la perkembangan pokok yg tak bernama ni..nanti. Hidup la...hendaknya. Aku betul-betul tak tahu macam mana nak jaga dia...