Showing posts with label Koleksi Daisy. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Daisy. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Yang Meriah Itu.. Daisy Kampung Saya








Hanya daisy kampung
Tapi dia cukup meriah mewarnai laman
Mungkinkah tempat duduknya sudah serasi?
hmmm...

Saturday, November 9, 2013

Daisy..


 Musim daisy berbunga sudah pun bermula sejak awal november :)
Most of my daisy pun dah banyak yang keluar putik bunga walaupun sebelum ni agak payah nak berbunga. Mungkin sebab tempat letak tak sesuai.. panas sangat kot..

Then after alih ke "perumahan baru" nampak ada sikit perubahan pada warna daun-daun daisy, tahap kesegarannya dan yang paling seronok.. daisy yang tak kampung pun mula berbunga setelah sekian lama dibela, dijaga & dibiasakan dengan cuaca..


Beli kat giant tampoi je ni.. RM10.99



 Ini legasi daisy kampung. Letak la mana pun.. dia ok sahaja. Cuma beza gumuk & tidak je. Tapi nampaknya dia pun suka dengan perumahan baru ni :)

sebelum betul-betul bloom.. warna gelap..


Full bloom.. warna peach yang cantik

Setakat ini yang ada dalam koleksi cuma merah, peach, kuning, putih, pink & daisy cameron kuning pucat je..

Sunday, September 22, 2013

Daisy Peach Di Malam Hari


Subhanallah.. 
Ciptaan Allah memang indahnya tiada tandingan
Terasa beruntungnya diri dapat melihat ciptaan seindah ini..
sihatkan tubuhku ya Allah..agar aku bisa melihat keindahan ini setiap hari 
Amin..

Daisy peach ini tak sure baru nak kembang ke dah kembang..
Baru malam ini berpeluang melihatnya..
kesibukan membataskan aktivitiku..

Saturday, September 7, 2013

Daisy Kg Peach Kembali Berseri

Rindu nak melihat kemeriahan warna daisy-daisy saya dihalaman. Sejak dialihkan dekat dengan kolam ikan.. ia seperti merajuk.. tak mahu berbunga langsung..

Bila saya ambil keputusan mengalih kedudukan pasu-pasu daisy, ia memang berbaloi.. tengoklah..meriah sangat kan. Warna-warna lain belum berbunga lagi.. mungkin ambil sedikit masa kot..tak pe..saya sabar menanti :)







Saturday, September 15, 2012

Ahli Keluarga Baru Daisy@Gerbera - CH Punya


Baru add collection malam ni. Terpandang kat giant tampoi. Tinggal 2 pasu je. Ambil 1 je pun sebab nak cuba tanam.

Yg CH ni banyak kali beli tapi mati.. jom experimen lagi :)

Sunday, August 26, 2012

Bunga- Bunga Hari raya 2012 - Daisy

Peach pudar



Peach pekat




Merah terang









Pink

Monday, June 25, 2012

Walaupun Cacat.. Tetap Cantik


Daisy peach saya ni lama jugak dah tak berbunga. Puas saya pujuk2 dengan baja.. barulah dia kuarkan satu tangkai bunga. Tapi bila start bloom jek saya tengok sebelah..cacat sikit tapi takpelah..tetap cantik menarik dimata saya :)

Sunday, February 28, 2010

Khabar Terkini Tentang Daisy


Inilah daisy kuning yang beli kat Tesco tebrau City beberapa bulan lalu. Dah jadi macam ni sebab ditinggal balik rumah mak lebih 3 hari dua ke tiga minggu lepas. Sedihnya..dah la susah nak jumpa daisy kuning...mati pulak dah...
Ni mana pulak nak cari lagi ni...







Daisy pink yang baru dibeli kat Carrefour seminggu sebelum raya cina lalu. Kuntum bunganya banyak tapi nampaknya masih cuba menyesuaikan diri kot... daun dia belum cantik pada pandangan aku!

Macam mana la aku nak buat...temperature area rumah aku ni panas... lom ada pokok2 besar untuk teduhan lagi..jangankan pokok..aku pun rasa macam nak terbakar kepanasan!







Yang ini pokok daisy merah, beli kat nuseri yg dekat dengan pasar peladang skudai. Aritu cantik dah, tapi sejak-sejak kepanasan tinggi yang melanda... dia jadi macam ni. Ke..akibat serangan ulat bulu ke..ulat-ulat berkaitan ke..aku tak tau la pulak. tengok tak nampak apa-apa tapi bunga jadi kecik... kelopak jarang-jarang... nampak macam tak sihat je pokok ni..

Ada sesiapa yang tau kenapa? Tolong aku...










Pokok daisy jenis ini la jugak yang sangat menyenangkan hati..daun hijau..bunga cantik..pokok sihat..hmmm...

Hehehe...biakkan yang ini pun best. Kalau dah banyak-banyak pasu... sure gempak kesan dia kat halaman kan!

Thursday, January 21, 2010

Sunday, November 22, 2009

Peach Daisy

Ini pokok induk, mak teh yang bagi
kat rumah dia ada banyak, subur-subur..
kata mak teh dia tak pernah letak baja pun. cuma tanam guna tanah beli kat nuseri je
hmmm....

Thursday, November 19, 2009

Daisy Merah (Tebal)

Daisy Merah Terang
bunga dia kelopak halus-halus, panjang-panjang
ada banyak lapis
bunga nampak sangat tebal
bila kembang sepenuhnya macam ni, hampir selebar tapak tangan kanak-kanak 2 ke 3 tahun