Cute kan?
Showing posts with label Koleksi Rose. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Rose. Show all posts
Saturday, February 8, 2014
Saturday, January 18, 2014
Friday, December 6, 2013
La France @ Queen Zubaidah.. pulih dari Mites
La France ini baru pulih dari serangan mites. Dain berbintik kemerahan & belakang daun macam berhabuk merah halus.. boleh dirasa dengan jari.
Jalan selamat adalah togelkan semua daun. Daun terlibat masuk dalam plastik & ikat kuat. terus buang. Dikuatiri menjangkit ke pokok lain pulak nanti..
Lepas tu siram, baja & racun 3s seperti biasa ikut jadual. Alhamdulillah ia kembali menguntum bunga yang cantik :)
Labels:
Koleksi Rose,
La France @ Queen Zubaidah
Wednesday, December 4, 2013
Salam Kembali..
10 hari meninggalkan syurga kami..
meninggalkan semua anak-anak angkat & anak- anak duri
serta anak-anak lain..
Dimalam kami kembali ke syurga kami..
di sambut oleh pengantin di pagar
sungguh indah..sungguh cantik..
walau hujan mencurah setiap hari..
rumput panjang mencecah lutut
lumut hampir seinci tebal..
Namun.. halaman kami tetap cantik..
secantik kelopak-kelopak mawar yang berguguran di sekitar setiap pokok..
Alhamdulillah..
Monday, November 18, 2013
Wednesday, November 13, 2013
Kuning Kampung Yang Menyerlah Dihalaman
KuningKampung ni salah satu dari banyak-banyak spesis ros kampung juga.
Bau wangi light
Rajin berbunga dan kurang cerewet.
Bunganya medium size je
masa half bloom paling cantik warnanya sebab kuning & kuning pudar bagaikan bunga hiasa pada kek :) tapi bentuk paling cantik adalah apabila overbloom..
Bentuk petals ros kuning kampung apabila overbloom
Saya suka kuning. sebab kuning menyerlahkan seri laman :)
Friday, November 1, 2013
Monday, October 7, 2013
Prosperity.. Pulih Dari Ketogelan..
My prosperity sedang recover dari ketogelan daun..
Puasa aritu start letak dia atas tanah..sejak tu dia mengalamai keguguran daun.. now on dah start banyak semula daun dia :)
wajah bunganya siang hari. Sangat lega melihat bunga putih bersih ini kembang.. selepas lama ia menyepi..
Tapi bila malam..
See..how nice they are kan?
Saturday, October 5, 2013
Thursday, October 3, 2013
Wednesday, October 2, 2013
Damask.. Si Ros Kampung Yang Menawan
Memang di kategori sebagai ros kampung tetapi sangat tahan lasak, rajin berbunga & mempunyai bau yang sangat menyegarkan urat saraf :)
Jika ia berbunga dari Basal Break ( BB ) yang sihat dan mendapat keperluan mencukupi.. ia boleh melebihi dari apa yang saya dapat september lalu :)
Jambak ini kembang pada september 2013
Monday, September 23, 2013
Prosperity Kembang Lagi..
Prosperity yang bloom kali ini dah sampai ke bahagian tengah lengkung arch.. sungguh tinggi nak di snap.. tapi panjat tong pun sanggup asalkan dapat mengabadikan kecantikannya :)
Thursday, September 5, 2013
Clair Martin @ Sakura ..
Clair Martin @ Sakura
Saya semai dari keratan batang yang dihantar oleh seorang teman yang juga peminat roses di Perlis..
Mujur hidup..
Subscribe to:
Posts (Atom)















































