Wednesday, November 13, 2013

Kuning Kampung Yang Menyerlah Dihalaman

KuningKampung ni salah satu dari banyak-banyak spesis ros kampung juga. 
Bau wangi light
Rajin berbunga dan kurang cerewet.

Bunganya medium size je
masa half bloom paling cantik warnanya sebab kuning & kuning pudar bagaikan bunga hiasa pada kek :) tapi bentuk paling cantik adalah apabila overbloom..







Bentuk petals ros kuning kampung apabila overbloom


Saya suka kuning. sebab kuning menyerlahkan seri laman :)

2 comments:

  1. Sis, saya nak tanyer..saya ada tanam bunga ros tetap tidak tahan lama. semasa membeli sihat tetapi lama kelamaan daun pokok semakin berkurangan sebab keguguran.boleh sis bantu apakah punca ini berlaku?

    ReplyDelete
  2. 1st - nak kene tau ros jenis apa yang dibeli. Dari CH memang susah nak serasi di tanah laman kita. kalau boleh beli biasa2.. atau dari thailand.. pun ok. Ros kampung lagi bagus..tak cerewet

    2 - kene jaga keperluan dia. Baja, cahaya matahari, medium penanaman & racun untuk serangan perosak. jangan tak tau roses banyak musuh sebab dia cantik :)

    3 - Menanam ros tak boleh mediumnya terlalu "memegang" air. Dia tak suka. Tanah kompos campur dengan pasir supaya lebih poros .. itu yang saya dapat dari kawan2 lain..

    4 - siram 2 kali sehari. pukul 10 pagi.. siram basah2 medium & pokok. Bila dah petang cuma siram tanah sahaja..jangan basahkan daun..

    5 - ros perlukan cahaya matahari sekurang2nya 6 jam. Ada ros yang lebih cantik di tengah panas.. ada yang lebih bahagia dia tepi beranda.. tapi most of it nak kan cahaya matahari mencukupi supaya ia cantik & mahu berbunga :)

    6 - Baja kene cukup. Climber roses perlukan baja 4 kali ganda dari shrub roses.. baja biasa yang saya guna.. tahi ayam, tahi kambing, kepala ikan bilis, baja udang, baja kopi, baja thailand, foliar hijau, foliar pink.. astro.. saya campur semuanya.. baja setiap 2 minggu di bibir pasu.. insya Allah..

    Boleh cari saya di FB.. ada banyak group roses yang anda boleh baca untuk ilmu2 selanjutnya..

    ReplyDelete