Kucai dirumah
mencancang-cancang bunganya
biji benih bakal bertaburan
menambahkan lagi koleksi kucai yang ada.
Allium schoenoprasum atau ringkasnya dipanggil kucai
Khasiat Kucai
1. Kucai mengandungi vitamin B dan C, dan karotin. Ia boleh mengubati
penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan
sembelit.
2. Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk
membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses
pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran
darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya
adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian kacau dengan air
panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum
setiap pagi.
No comments:
Post a Comment