Cantik kan.. :)
Friday, December 23, 2011
Wednesday, December 21, 2011
Baja Orkid
Rasanya baru 3 bulan kot menggunakan baja pil ni. satu pasu besar, sebiji je
Kata penjual tu, effective sangat untuk orkid supaya gemuk, sihat, hijau & berbunga dengan banyak.
Rasanya betul juga kata penjual tu.. sejak guna baja ni orkid2 saya rajin berbunga :)
Baja ni tak mahal.. saya beli sepeket ni cuma RM5 je..
selain tu, untuk pokok orkid dalam pasu2 kecil saya guna baja tahi kambing je..
Baja orkid anda apa ye?
Wednesday, December 14, 2011
Monday, November 21, 2011
Kenapa Jadi Macam Ni?
Entah apa masalah pokok mawar nih. Ke sebab hari asyik hujan jek.. bunga dia yang cantik ni jadi macam ni.. :(
Atau.. ada makhluk yang merosakkannya? Huh.. tak suka betul la..
Atau.. ada makhluk yang merosakkannya? Huh.. tak suka betul la..
Usaha Semai Bunga Tongkeng Berjaya..
Sebenarnya dah banyak kali semai pokok bunga tongkeng melalui keratan batang. Puas dah saya cuba tapi tak berjaya.
Siap celup dalam penggalak akar lagi tu.. ehh..tak jugak.. huish..
Tapi tak putus asa. Terus menyemai. Dan entah kali keberapa saya menyemai keratan batang kali ni.. hoho ia hidup.. tapi masih saya biarkan pasunya diposisi & tempat asal je. Takut nak alih lagi..bimbang ia tergegar & mati..
Susah juga menyemainya.. Bolehlah cuba lagi lepas ni.. ada orang berkenan ke? hihi..

Wednesday, October 5, 2011
Terbaru .. Orkid Di Laman Saya
orkid putih tapi bunga jenis yang besar. Kuntum dia tak mahu banyak tapi syukurlah ia masih sudi berbunga :)
Setelah berkali tunasnya menjadi hitam apabila mencapai sejengkal panjang.. kali ini ia sudah berkuntum. Tak sabar nak melihatnya
Orkid kuning ini memang sedang meriah berbunga dihalaman saya.. segar & berseri.. siapa tengok mesti geram :)
Saturday, June 25, 2011
Jerangau Biasa : Pasu Ke-3
Thursday, June 23, 2011
Ini Hoya Ke Bukan Ek?
Monday, April 18, 2011
Progress Kaktus Baru
Sunday, April 17, 2011
Saderi Musim Ke-2
Aquarium Terbuang Jadi Bekas Tanaman Orkid?
Ini idea asal mak aku. Aquarium ni dah lama terlungkup kat tepi rumah. Nak isi ikan, silikonnya dah bocor..air akan keluar.. aku nak angkat tak larat..berat giler
So, aku tanya-tanya dengan mak..apa nak buat dengan dia ni. .
Mak kata kita cuba letak sabut dan tanam orkid jengking dalam ni..kot2 la boleh ke..sape tau kan..takde sape marah aku nak buat apa pun hihihi
Hmm..kalau buat mini taman kaktus pun cun gak..tapi takde tempat la nak letak..takut dilanggar dek si budak comel aku ni..bahaya pulak kang
Haha..aku selalu come out dengan idea mengarut la.. :)

Selepas Lebih kurang sebulan.. Inilah ceritanya akuarium tu
Saturday, April 16, 2011
Orkid Lagi
Tamak tak aku?
Orkid ni yang jenis biasa-biasa je pun tapi aku suka. Almaklumlah, nak beli yang mahal tu belum
berkemampuan penuh
Ini versi pasu, yang versi atas tanah pun aku ada juga dihujung laman sana..
Kebanyakan orkid aku ada masalah yang sama dengan orkid orang lain gak.. sikuning durjana
tu..kumbang perosak..aku mmg geram sesangat.
Tapi yang dalam pasu ni agak selamat la..kurang serangan
Layan..
Tak dan nak amik bunga satu2..nanti next post aku usahakan ye

Friday, April 15, 2011
Spesis Pokok Air : Pokok Lipan
Thursday, April 14, 2011
Orkid Kuning Pilin
Nak kongsi lagi.. kecantikan orkid pilin ni..
Pokok ni sebenarnya dah tua, tengoklah pasunya pun dah besar dah
Tapi masalahnya anak dia semuanya tumbuh dari pangkal
tak ada anak yang tumbuh dari batangnya macam orkid lain
so, susahlah nak biakkan..kan
Tapi siyes, bunga dia memang cantik
dan kali ni dia berbunga 2 tangkai sekaligus
ada sesiapa berkenan? hihi

Wednesday, April 13, 2011
SiKuning Tak Bernama
Rasanya dah lebih setengah tahun menunggu pokok ni berbunga
Tapi apa nama pokok janganlah ditanya
kata nyonya nurseri tu..ianya adalah spesis orkid jugak
ye ke tidak..tak pastilah
Asalkan bunga dia cantik jelita..okeh jek
Bunga dia cantik kaler kuning terang
keluar cuma sekuntum untuk satu batang bunga so far
Tapi bunga tak tahan lama
cuma sehari
Jadilah..
Pokok ni ada banyak sangat musuh
ulat gulung, belalang hijau..macam-macam lah
Dah banyak tempat alih, tapi kat sini je yang serasi..daunnya cantik
kurang dimakan ulat
Sesiapa tau namanya..sila inform ye..

Labels:
Koleksi Orkid,
Spesis Yang Tidak Bernama
Sunday, March 13, 2011
Akhirnya Lekat Juga!
Nak menghidupkan pokok betik ni sangatlah susah. Pastu bila dia berputik..madang la gugur jek..haih..aku sedih betul. Hampir 20 biji putik dia gugur..macam2 aku buat..tak jalan
Masa mak aku datang 2 bulan dulu, dia cadangkan aku kepung pangkal pokok betik ni dan tambak tanah. tapi sebab susah nak dapat tanah, aku timbun dengan pelepah2 pisang yang kering jek..aku siram selalu
2 ke 3 minggu lepas tu ia berputik lagi..kali ni LEKAT!!!!
aku orang paling suka..paling gembira
hajat nak makan betik tanaman sendiri bakal jadi kenyataan..

Saturday, March 12, 2011
Ros Pengantin..
Ini spesis ros kampung jugak kan, tapi aku panggil ros pengantin sebab dia akan berbunga sejambak. Bunga yang banyak dan bau yang sangat harum..
Ini pokok yang dikeratan batangkan oleh mak aku. kat umah mak aku lagi besar dah batang utama dia..dah tua..bunga memang sangat banyak..sangat jeles okeh
Sejak aku tanam ros kat area depan rumah, ramai yang menegur tak kurang mintak keratan..hehe aku tak lokek..aku bagi jek
Harapan aku bila aku bagi kat orang, pokok aku akan terus cantik. Even kalau sok2 dia mati..aku gi umah orang lain mintak..orang pun akan kasi..insya'Allah
Friday, March 11, 2011
Meriahnya Bila Pokok Bunga Kertas Berbunga
Sejak2 aku pindah rumah sendiri ni aku jadi minat dengan bunga kertas
bagi aku bunga dia sangat meriah..colourful dan banyak
aku ada beberapa pasu tapi aku paling suka yang ini
sebab kaler dia sangat terang
halaman aku segar dengan kehadiran dia
Ini aku ambik dari rumah MIL yang kat kampung
dorang nak bunuh dia tp aku tak kasi so aku angkut dgn wajaku itu
bawak balik umah
bila dia berbunga macam ni..orang yang memberi rasa menyesal pulak..
hehehe...
Thursday, March 10, 2011
Laman Berwajah Baru..
Pergola kolam yang hampir rimbun dengan pokok.. nampak jaring hitam yang bukan kat pergola tu? Itu baru je beberapa hari dibuat memandangkan hari sangat panas dan menjejaskan kesihatan pokok2 orkid aku..
Jadi setelah dibumbungkan jaring ni..hmm.. redup & nyaman la rasanya..
Sihat & berbunga ye pokok-pokok ku sekelian..
Laman ni projek tahun-tahun tau..jadi memang belum siap lagi pun..
Wednesday, March 9, 2011
Bau Wangi Di Malam Hari..
Menghiasi pagar rumah sebelah gate..
Sebenarnya dah ramai jiran-jiran yang menegur pokok bunga tongkeng ni. Masalahnya mereka lalu siang hari..maka bunga ni waktu siang takde bau langsung kan..nak buat camner
Kalau balik malam-malam..bukak gate..disambut oleh bau bunga tongkeng ni la..segar rasanya..
Aku masih dalam usaha untuk membiakkan dia. Ada ramai yang nak mintak..tak kurang juga nak membeli tapi aku takde anak-anak dia untuk dijual atau dikasi..camner..
Takpelah nanti aku usahakan..mana tau boleh buat duit kot..hihihi...

Tuesday, March 8, 2011
Kaktus Apakah Ini..Aku Tak Tau Namanya
2 pasu kaktus ni..ntah apa namanya agaknya?
aku bab2 mencari2 nama spesis ni memang 'keras' sket la..tak pandai
Tapi sebab aku ni pencinta kaktus tegar..
aku tak kira kaktus apa..yang belum pernah tanam semua aku cuba tanam.. aku beli yang comel2 tu tau..yang 4 RM10 tu..
baru la adventure tanam dia..
kalau ada org tau nama dia bgtau aku ek!

Koleksi Kaktus,
Spesis Yang Tidak Bernama
Monday, March 7, 2011
Sunday, March 6, 2011
Alkisah Si 'Sundal Malam'
Ini wajah terbaru 'sundal malam' ku..huhuhu..setelah diserang bena & semut..
Dulu rupanya macam ni..
Berdasarkan pengalaman aku yang cetek bab menjaga pokok sundal malam ni :
~pokok ni perlukan cahaya matahari yang banyak
~ tak suka pada baja sebatian kimia sebab pangkalnya senang melepuh sebab mungkin baja kimia 'panas' ke..aku yang tabur baja nerapu2..entahlah
~ bena & semut suka menyerang bahagian ubinya. Dah puas aku cuci sebelum tanam di tempat baru tapi tak berjaya juga lah..akan ku cuba lagi nanti..
~dirumah mak kat kampung, sundal malam ni sangat subur. Batang bunga je lebih setengah depa panjang.. mungkin faktor jenis tanah & cuaca jugalah kot
~sesuai ditanam diatas tanah mahupun sebagai tanaman pasuan. Kat rumah kakak ipar aku cantik penuh sepasu sedang berbunga 2 tangkai panjang
~ada beberapa jenis sundal malam.. yang ini aku tengah usahakan info dia..tak mencukupi lagi untuk dikongsikan
Aku perlukan maklumat untuk menghalang serangan bena & semut ni. Kawasan tanaman sundal malam ni yang lama dah tak sesuai langsung sebab semut dah buat bandar kat situ..entah macam mana nak dibuat lagi..
Ada sesiapa yang punya ilmu lebih? Sudi2kanlah share..aku alu-alukan.. terima kasih

Subscribe to:
Posts (Atom)