Saturday, March 24, 2012

Ros Hijau?



Ye.. ros yang berbunga warna hijau.. mcm tu la..

Bagi sesetengah orang memang tak cantik.. tapi bagi saya yang dah menanamnya bertahun-tahun.. dan oleh kerana susah nak dapatkannya.. saya sayangkannya walaupun tak secantik yang merah..

Bagi saya.. ros hijau tetap istimewa..

Friday, March 16, 2012

Bunga Sulung Hoya Coronaria

Dulu pernah post pasal hoya ini kat SINI

Dan berita gembiranya hari ini adalah.. HOYA CORONARIA saya sudah berbunga sulung. Yang sedapnya saya pun tak perasan sebab seharian tak ada dirumah. Malam balik.. suami sibuk ajak siram bunga. Kebetulan skudai sangat panas hari ini..

Suami hairan tengok saya melompat masuk ambil handphone.. ok saya share gambarnya. Dan saya rasa ini HOYA CORONARIA yang putih..

Bunga sulung ni sekuntum je.. jadilah kan.. pengubat hati kerana saya dah menanamnya setahun lebih :).. Baunya tak wangi sangat tapi yang penting ia ada bau dan bunganya tu besar. Tak kecil2 macam hoya2 lain tu.. Lebih kurang sebesar duit syiling 20sen kot rasanya sekuntum..

Jom layan.. hati saya tengah berbunga2 nih.. happy sangat!




pokoknya saya gantung kat porch instead of gantung bawah pergola. Baru lagi gantung kat sini.. dalam 2 bulan je.. dah berbunga..memang rezeki saya nak tengok bunganya..







bunga sebesar duit syiling 20 sen.. berbau agak wangi & bertekstur licin keras..ada inti bunga dengan warna sama







Lihatlah.. cantik kan ia!!

Friday, March 9, 2012

Ceria Di Laman










Dendrobium Burana Stripe

(hihi.. dapat tau nama dari kakak blog "bunga oh bunga".. thanks kak Razita..)