Thursday, March 21, 2013

Sweetness


Masa saya mula beli.. saiznya kecil sahaja.. tengah ada 2 buds nak bloom..tu yang sebelah kiri tu.. nampak kan :)



Bunganya bloom beberapa hari kemudian.. tapi sangat tak memberangsangkan sebab lecur.. tiba2 timbul sesal sebab beli.. ntah ye ntah tak je la org jual ni.. dalam hati saya kata la..huhu.




Ini bud pertama ia didalam jagaan saya.. Mac 2013 selepas hampir 2 bulan saya menjaganya.. dan membesarkan pokoknya. Ia sangat cerewet. Tak boleh letak kat laman.. terlalu panas..nanti daunnya lecur kecoklatan. Dan dia tak mau banyak air.. nak sket shade la senang citer. Kat tepi terrace ni dia tak kene panas terlalu kuat.. kalau hujan tak lebat dia cuma akan kene tempias sahaja..



ia mula buka kelopak..



Dalam 2 gambar ini ia half bloom. waktu inilah saya rasa berterima kasih sangat sebab kakak penjual tu beriya2 suh saya beli.. sangat wangi & sangat2 cantik..subhanallah





Full bloom pada 21 Mac 2013.. selepas waktu zuhur..
dihari ulangtahun kelahiran saya..
hadiah sangat bermakna dari laman sendiri :)




Saya snap setiap hari sebagai kenangan. Dalam angle ini ia sangat cantik.. sangat indah bagi saya.. subhanallah

Tuesday, March 19, 2013

Pink Summer Snow - Grafted








Pink Summer Snow yang cantik manis ni saya beli online dengan harga RM35.00 sepokok. Grafted.. from thailand

Alhamdulillah senang nak jaga.. tak banyak kerenah & saya nak semai cutting bila dahannya cukup tua nanti..

Tuesday, March 5, 2013

Red Success..





Red Success
Sebelum ni kami panggil Jingga Irisa
Antara ros yang senang dijaga & tak cerewet. Bunganya bersaiz besar.. berwarna terang

Sekuntum dia kembang di halaman.. meriah pancaran warnanya :)






Hajat dihati nak semai cutting untuk menambah koleksi pasu :)

Red Success..tak pernah mengecewakan :)