Wednesday, March 9, 2011

Bau Wangi Di Malam Hari..

close up sikit bunga dia..cantik bergugus-gugus..wangi yang amat



Menghiasi pagar rumah sebelah gate..


Sebenarnya dah ramai jiran-jiran yang menegur pokok bunga tongkeng ni. Masalahnya mereka lalu siang hari..maka bunga ni waktu siang takde bau langsung kan..nak buat camner

Kalau balik malam-malam..bukak gate..disambut oleh bau bunga tongkeng ni la..segar rasanya..

Aku masih dalam usaha untuk membiakkan dia. Ada ramai yang nak mintak..tak kurang juga nak membeli tapi aku takde anak-anak dia untuk dijual atau dikasi..camner..

Takpelah nanti aku usahakan..mana tau boleh buat duit kot..hihihi...

Tuesday, March 8, 2011

Kaktus Apakah Ini..Aku Tak Tau Namanya






2 pasu kaktus ni..ntah apa namanya agaknya?
aku bab2 mencari2 nama spesis ni memang 'keras' sket la..tak pandai

Tapi sebab aku ni pencinta kaktus tegar..
aku tak kira kaktus apa..yang belum pernah tanam semua aku cuba tanam.. aku beli yang comel2 tu tau..yang 4 RM10 tu..
baru la adventure tanam dia..

kalau ada org tau nama dia bgtau aku ek!

Monday, March 7, 2011

Orkid Jurai Lagi.. Yang Juga Tanpa Nama


Orkid yang aku tak tau namanya ni ambil dari mak..
berkenankan bunga dia yang berjurai2 tu..
Ini version yang aku tanam sendiri..sudah berjaya berbunga..hoye! suka!

Sunday, March 6, 2011

Alkisah Si 'Sundal Malam'

Ini wajah terbaru 'sundal malam' ku..huhuhu..setelah diserang bena & semut..






Dulu rupanya macam ni..





Berdasarkan pengalaman aku yang cetek bab menjaga pokok sundal malam ni :

~pokok ni perlukan cahaya matahari yang banyak

~ tak suka pada baja sebatian kimia sebab pangkalnya senang melepuh sebab mungkin baja kimia 'panas' ke..aku yang tabur baja nerapu2..entahlah

~ bena & semut suka menyerang bahagian ubinya. Dah puas aku cuci sebelum tanam di tempat baru tapi tak berjaya juga lah..akan ku cuba lagi nanti..

~dirumah mak kat kampung, sundal malam ni sangat subur. Batang bunga je lebih setengah depa panjang.. mungkin faktor jenis tanah & cuaca jugalah kot

~sesuai ditanam diatas tanah mahupun sebagai tanaman pasuan. Kat rumah kakak ipar aku cantik penuh sepasu sedang berbunga 2 tangkai panjang

~ada beberapa jenis sundal malam.. yang ini aku tengah usahakan info dia..tak mencukupi lagi untuk dikongsikan


Aku perlukan maklumat untuk menghalang serangan bena & semut ni. Kawasan tanaman sundal malam ni yang lama dah tak sesuai langsung sebab semut dah buat bandar kat situ..entah macam mana nak dibuat lagi..

Ada sesiapa yang punya ilmu lebih? Sudi2kanlah share..aku alu-alukan.. terima kasih

Coelogyne Rochusseni






Coelogyne Rochusseni..
Aku baru tau itu nama dia lepas jalan-jalan kat blog ni
kalau tak medang la aku panggil dia orkid pisang jek
sebab kat hidung aku bau dia wangi mcm pisang..hmmm.. wanginya..

Yang ini aku ada beberapa pasu dah. Tapi yang tengah berbunga cuma 2 pasu jek. yang lain tu masih kecik kot..ke tak cukup nutrien ke pe.. takpe..aku tunggu lagi..

Satu pasu yang aku gantung asyik buat alarm rumah berbunyi kerana ia menari2 ditiup angin..haha..sebagai alternatif aku letak la dia kat pergola kolam dulu..

Bila pagi-pagi kuar rumah nampak ia bergantungan..aku rasa 'hidup'

Friday, March 4, 2011

Siput!!!!!!!!!!

Serangan siput nampaknya dah berkurangan sikit walaupun belum berjaya dinyahkan habis dari halaman. Aku atau husband akan tetap keluar malam-malam untuk tengok siput2 dari menjahanamkan pokok-pokok kami

Aku nak kongsi rupa halaman aku yang baru diubahsuai oleh mak & abah aku..hehe.. aku suka..

Aku pun sebenarnya tak suka betul rekaletak yang sama sepanjang tahun..sib baik ada mak & abah tolong aku angkat pasu-pasu..

hehe..
nanti aku share ye..

pokok kaktus ni dah lama dah aku tanam. Tapi memang belum pernah berbunga. Seingat aku lebih 10 tahun aku menjaga & membela dia ni la. Macam-macam cara aku buat untuk tengok dia hidup subur & gemuks

Jiran-jiran kat neighbourhood mak aku sangat-sangat jelez tengok koleksi kaktus aku. Aku tak letak apa2 yang pelik pun. Just baja biasa je. Tapi bila aku kasi kat orang, orang tu tanam takmo jadi sesubur yang aku punya. nape ek? aku tak ikhlas bagi dia ke pe?

Dan akhirnya dirumah baruku..kaktus ini berbunga. Cantik..senang hati aku tengok dia. Aku ada 1 pasu besar, 1 pasu sedang & 1 pasu kecik pokok kaktus ni..see..banyak kan aku dah alih. Ni first time dia berbunga okeh..

I like..