Friday, April 15, 2011

Spesis Pokok Air : Pokok Lipan


Pokok air ni aku bawa jauh dari Restoran La Chateu De Puah..KL

Tapi aku sebenarnya tak pandai nak bela dia..tapi sangat banyak membiak. Yang mana dah

banyak sangat tu aku campak dalam pasu air kat dalam kolam..



Ada sesiapa yang tau pasal pokok ni? Ada orang kata pokok lipan..

Thursday, April 14, 2011

Orkid Kuning Pilin

Nak kongsi lagi.. kecantikan orkid pilin ni..







Pokok ni sebenarnya dah tua, tengoklah pasunya pun dah besar dah

Tapi masalahnya anak dia semuanya tumbuh dari pangkal

tak ada anak yang tumbuh dari batangnya macam orkid lain

so, susahlah nak biakkan..kan



Tapi siyes, bunga dia memang cantik

dan kali ni dia berbunga 2 tangkai sekaligus

ada sesiapa berkenan? hihi

Wednesday, April 13, 2011

SiKuning Tak Bernama


Rasanya dah lebih setengah tahun menunggu pokok ni berbunga
Tapi apa nama pokok janganlah ditanya
kata nyonya nurseri tu..ianya adalah spesis orkid jugak
ye ke tidak..tak pastilah


Asalkan bunga dia cantik jelita..okeh jek
Bunga dia cantik kaler kuning terang
keluar cuma sekuntum untuk satu batang bunga so far
Tapi bunga tak tahan lama
cuma sehari
Jadilah..


Pokok ni ada banyak sangat musuh
ulat gulung, belalang hijau..macam-macam lah


Dah banyak tempat alih, tapi kat sini je yang serasi..daunnya cantik
kurang dimakan ulat


Sesiapa tau namanya..sila inform ye..

Sunday, March 13, 2011

Akhirnya Lekat Juga!








Nak menghidupkan pokok betik ni sangatlah susah. Pastu bila dia berputik..madang la gugur jek..haih..aku sedih betul. Hampir 20 biji putik dia gugur..macam2 aku buat..tak jalan

Masa mak aku datang 2 bulan dulu, dia cadangkan aku kepung pangkal pokok betik ni dan tambak tanah. tapi sebab susah nak dapat tanah, aku timbun dengan pelepah2 pisang yang kering jek..aku siram selalu

2 ke 3 minggu lepas tu ia berputik lagi..kali ni LEKAT!!!!
aku orang paling suka..paling gembira
hajat nak makan betik tanaman sendiri bakal jadi kenyataan..

Saturday, March 12, 2011

Ros Pengantin..







Ini spesis ros kampung jugak kan, tapi aku panggil ros pengantin sebab dia akan berbunga sejambak. Bunga yang banyak dan bau yang sangat harum..

Ini pokok yang dikeratan batangkan oleh mak aku. kat umah mak aku lagi besar dah batang utama dia..dah tua..bunga memang sangat banyak..sangat jeles okeh

Sejak aku tanam ros kat area depan rumah, ramai yang menegur tak kurang mintak keratan..hehe aku tak lokek..aku bagi jek

Harapan aku bila aku bagi kat orang, pokok aku akan terus cantik. Even kalau sok2 dia mati..aku gi umah orang lain mintak..orang pun akan kasi..insya'Allah

Friday, March 11, 2011

Meriahnya Bila Pokok Bunga Kertas Berbunga



Sejak2 aku pindah rumah sendiri ni aku jadi minat dengan bunga kertas
bagi aku bunga dia sangat meriah..colourful dan banyak
aku ada beberapa pasu tapi aku paling suka yang ini
sebab kaler dia sangat terang
halaman aku segar dengan kehadiran dia

Ini aku ambik dari rumah MIL yang kat kampung
dorang nak bunuh dia tp aku tak kasi so aku angkut dgn wajaku itu
bawak balik umah
bila dia berbunga macam ni..orang yang memberi rasa menyesal pulak..
hehehe...

Thursday, March 10, 2011

Laman Berwajah Baru..








Pergola kolam yang hampir rimbun dengan pokok.. nampak jaring hitam yang bukan kat pergola tu? Itu baru je beberapa hari dibuat memandangkan hari sangat panas dan menjejaskan kesihatan pokok2 orkid aku..

Jadi setelah dibumbungkan jaring ni..hmm.. redup & nyaman la rasanya..

Sihat & berbunga ye pokok-pokok ku sekelian..

Laman ni projek tahun-tahun tau..jadi memang belum siap lagi pun..