Sunday, December 6, 2009

Kembang Bunga Tongkeng

Hmm..balik rumah mak kat kota sempatlah aku ambik gambar bunga tongkeng yang sedang kembang mewangi kat beranda belakang rumah mak aku tu. Mungkin ada orang tak pernah tengok bunga ni. So, aku snap gambar seterang mungkin supaya yang melihat boleh mengenali bunga ini secara realnya...gitu..

Bunga ni warna dia ala-ala putih kekuningan. Tengah dia warna kuning mcm gold tapi semua kelopak luar dan dalam warna putih kehijauan. Dia tumbuh dalam sekumpulan hingga 10 kuntum bunga atau lebih. Dan baunya...alahai...tersangatlah harum. Bau harumnya sangat lembut dan tidak menyakitkan hidung. Malah sesuai untuk dibuat aromaterapi..serius!

Tapi yang seronoknya pokok bunga tongkeng yang aku letak kat pagar rumah tu dah mengeluarkan sejambak putik bunga. Baru perasan semalam. Rasanya mcm ada 2 jambak tapi satu tu masih lagi terlalu kecil. Tak sabar rasanya nak tengok ia berbunga dan mengharumkan porch rumah ku..hehehe...

Bunga tongkeng ni adalah bunga orang dulu-dulu. Katanya, bunga tongkeng ada 2 jenis. Satu yang wangi dan yang satu lagi tidak. Tak tahulah sebab aku pun tak pernah jumpa. Ok..hayatilah kecantikan bunga tongkeng ni ye... Baunya mintak ampun la tak dapat nak tolong bagi bau... kena tanam baru tahu!



Thursday, December 3, 2009

Baru Di Tapak Semaian..


Pokok ini pun aku tak tahu pokok apa. Yang aku pernah jumpa, dia ada 3 warna daun; kelabu putih, kelabu kemerahan dan purple. Pokok ini memang sangat cantik. Daun dia macam plastik dan pokoknya boleh dibentuk sesuka hati. Nak dibiar tinggi atau rendang, terpulang..

Pokok yang purple ini aku suruh makcik-makcik aku mintakkan dari rumah cikgu anak diorang sebab kat rumah cikgu tu, pokok ni dah besar dan rendang. Hehehe..dengan senang hatinya cikgu tu kasi. Lebih kurang sedepa jugak dia potongkan..terima kasih cikgu!

Aku kerat jadi 3, aku semai dalam satu pasu je sebab aku tengah kekurangan tanah dan pasu.. Yang daun warna kelabu putih pun aku ada semai tapi nampaknya belum bercambah lagi tunasnya. Hai..rumah aku ni kekurangan kawasan teduh...

Wednesday, December 2, 2009

Jatuh Cinta Pada Si Hydrangea


Hydrangea ini baru beberapa minggu aku semai semula. Pokok asalnya dari rumah MIL aku tapi hydrangea ni tak berbunga kat sana. Kenapa? Aku tak tahu.

Aku mula jatuh cinta pada hydrangea ni masa aku nampak dalam majalah Laman Impiana. Edisi yang mana aku dah lupa. Sejak tu aku cari hydrangea ni tapi tak jumpa. Rupanya pokok ni ada kat laman belakang rumah MIL aku je.. cuai sungguh aku..

Aku & SIL aku kerat dahan-dahan hydrangea ni dan kami masing-masing tanam sikit sorang. Manalah tahu hydrangea ni sesuai di halaman kami kan.

Gambar kat atas ni adalah gambar hari ini. Hydrangea aku semai sudah mula bertunas dengan banyak. Daun-daunnya yang kering tu tak aku buang sebab tak nak menganggu percambahannya. Manalah tahu dia akan mati kalau aku usik-usik nanti. Biarkan je dulu macam tu.


Tuesday, December 1, 2009

Spesis Menumpang - Pokok Sakat


Pokok spesis menumpang ni aku panggil pokok sakat. Selalunya kat pokok kelapa sawit ada banyak la dia menumpang hidup. Aku rasa pokok ni sangat cantik kalau dia hidup subur dan hijau. Pokok ni aku bawak balik dari rumah mak aku 3 minggu lepas. Tak sempat nak menanam sebab pasu tak ada. Jadi untuk sementara aku letak dia dekat dengan kolam ikan. Tapi nampaknya dia tak suka disana. Buktinya, daunnya tak secantik waktu aku bawak dia balik. Kesian..

Jadi aku letak dia sementara dalam gelung dawai mata punai dan tempatkan dia dekat dalam porch. Harap-harap dia ok la kat situ...



Dan yang ini pulak baru je abah aku ambikkan dari ladang kelapa sawit..hehehe... masih cantik kan.

Monday, November 30, 2009

Pesona Si Pokok Pedang

Pokok ni yang aku tahu orang panggil 'pokok pedang'. Kenapa? Katanya sebab fizikalnya yang lurus dan tajam macam pedang. Hujungnya pun tajam. Kena mata boleh cedera jugak ni!

Aku nampak pokok ni dalam majalah Anjung Seri. Ditanam dalam pasu sedang dan dijadikan hiasan diatas almari antik. Cantik pulak.

Kebetulan kat rumah MIL aku ada pokok ni. Dah beranak pinak pun jadi aku mintak la sikit. Manalah tahu aku tanam nanti dia jadi cantik macam dalam majalah tu kan..hehehe

Yang aku ambik ni cuma ada 2 pedang je. Dah sedang elok besarnya. Aku tanam dalam pasu tinggi warna coklat. Kenapa? Sebab warna pasu dan pokok yang ditanam kalau boleh biarlah kontra supaya kecantikan pasu dan pokok didalamnya terserlah. Ini tips dari majalah Laman Impiana..

Ilmu yang baru aku dapat ni aku cuba aplikasikan dalam penanaman supaya pokok-pokok dalam halaman aku menyerlah kecantikannya. Hmm.. 'wahai pokok pedangku...hiduplah dengan cantik ye...'

Friday, November 27, 2009

Tukar Pasu Pokok Duit



Setelah ditambah tanah beberapa bulan lalu, kini pokok duitku sudah cantik bertunas. Macam sayang pulak biarkan dia dalam pasu yang biasa tu. Tak terserlah kecantikannya. This week aku pergi nurseri, aku beli satu pasu tinggi, ambik warna coklat untuk lebih menyerlahkan warna hijau pokok duit, Harga pasu ini...cuma RM3 sahaja..murah kan..

Tambah tanah 1/3 pasu, keluarkan pokok duit yang asal dan masukkan pasu baru. Tu je. Atas dia penuhkan sikit dengan tanah, Bagi tutup pangkal dia. Topping dia... (baru belajar ni) aku letakkan batu-batu putih kecil. Nampak sangat menyerlah cantiknya pokok duit ni.

So, aku letak dia kat tengah-tengah antara 2 buah kerusi rotan kat porch. Hmm..rasanya dia sesuai la kat situ. Aku letak baja organik tahi kambing je sikit-sikit. Berat mengangkat pasunya tak terasa bila tengok dia dah disusun kat sini. Cantik..aku puas hati dapat menyerlahkan kecantikannya...

Thursday, November 26, 2009

Pokok Dari Cameron



Pokok ini MIL yang bagi. Katanya beli kat tepi jalan odw ke Cameron. Katanya ini pokok ekor kucing tapi bila aku search kat internet, pokok ekor kucing lain...

Di rumah MIL pokok ini tak nakbertambah-tambah. Maksud aku bertambah tumbuh yang baru dari pangkal dia. Tumbuh memanjang kat hujung ala-ala pucuk tu ada la. Dah banyak kali aku try nak semai tapi tak berjaya. MIL kata pokok ini cuma perlukan batu dan arang je. Tapi kenapa pokok ni tak begitu sihat pun? Entahlah..tak de siapa tahu.

2 ke 3 bulan lepas MIL pecah dua pokok ni. Jadikan 2 pasu. Ambik terus dengan akar dia. Tapi semalam, ada bahagian yang kering nak mati. Dia bagi kat aku suruh tanam pulak. Aku terfikir mcm ni, pokok ni mesti kat hutan cameron, mungkin spesis menumpang, tapi persekitaran yang panas ditanah rendah buat dia tak nak tumbuh subur.

Aku cuma try alas pasu dengan sabut, letak sedikit tanah nurseri yang hitam, potong bahagian yang kering, cucuk dalam penggalak akar dan cucuk kat dalam tanah. Keliling dia aku letak sedikit gel..tutup sket dengan arang dan kepung dengan sabut semula. Aku nak gantung pokok ni tapi tunggu hubbyku balik la. Nak ketuk paku tak sampai..

Tunggu la perkembangan pokok yg tak bernama ni..nanti. Hidup la...hendaknya. Aku betul-betul tak tahu macam mana nak jaga dia...