Wednesday, October 5, 2011

Terbaru .. Orkid Di Laman Saya


orkid putih tapi bunga jenis yang besar. Kuntum dia tak mahu banyak tapi syukurlah ia masih sudi berbunga :)












Setelah berkali tunasnya menjadi hitam apabila mencapai sejengkal panjang.. kali ini ia sudah berkuntum. Tak sabar nak melihatnya






Orkid kuning ini memang sedang meriah berbunga dihalaman saya.. segar & berseri.. siapa tengok mesti geram :)





Saturday, June 25, 2011

Jerangau Biasa : Pasu Ke-3


Pasu Pertama & kedua

Pasu kedua tu baru naik semula lepas diambil mak utk bawa ke Perak atas pesanan adik ipar yang dalam pantang

subur nampaknya









Ini pasu ke-3 tu

Baru beberapa hari je ni..hopefully elok hendaknya. Ramai menegur Jerangau ni.. jadi bila ada peluang baik dibiakkan. Mungkin ada yang memerlukannya kot?




Thursday, June 23, 2011

Ini Hoya Ke Bukan Ek?

Nak tanya la kepada peminat2 hoya sekelian..

Ini spesis hoya ke? Dari diambil memang tak pernah lagi berbunga pun..camner nak buat dia berbunga ek?

Puas dah letak macam2..






Monday, April 18, 2011

Progress Kaktus Baru


See..

dah ada progress yang bagus kan

yang satu .. dah tercancang2 kuar tunas baru

yang belakang sekali tu

dah kuar satu bulat kecil kat ibu dia..

nampak tak?

hoho..happynya!

Sunday, April 17, 2011

Saderi Musim Ke-2


Aku bukan hanya tanam bunga

aku tanam macam-macam

yang ini koleksi laman belakang punya..

tapi masih baru tanam so..kene tumpang teduh kat orkid



aku dah sedia ada 2 pasu saderi

tapi keadaannya macam tak sebaik dulu

so aku kene cepat2 tanam yang baru

sebab yang itu nak masuk pusat pemulihan jap..

Aquarium Terbuang Jadi Bekas Tanaman Orkid?






Ini idea asal mak aku. Aquarium ni dah lama terlungkup kat tepi rumah. Nak isi ikan, silikonnya dah bocor..air akan keluar.. aku nak angkat tak larat..berat giler

So, aku tanya-tanya dengan mak..apa nak buat dengan dia ni. .

Mak kata kita cuba letak sabut dan tanam orkid jengking dalam ni..kot2 la boleh ke..sape tau kan..takde sape marah aku nak buat apa pun hihihi

Hmm..kalau buat mini taman kaktus pun cun gak..tapi takde tempat la nak letak..takut dilanggar dek si budak comel aku ni..bahaya pulak kang

Haha..aku selalu come out dengan idea mengarut la.. :)





Selepas Lebih kurang sebulan.. Inilah ceritanya akuarium tu
















Ada yang dah berbunga2 cinta dah pun hihi

seronok giler

tengah nak tunggu yang sebelah kanan..yang baru kuar kudup tu kembang pulak

rasanya macam lagi cantik kot..

Saturday, April 16, 2011

Orkid Lagi


Tamak tak aku?

Orkid ni yang jenis biasa-biasa je pun tapi aku suka. Almaklumlah, nak beli yang mahal tu belum
berkemampuan penuh



Ini versi pasu, yang versi atas tanah pun aku ada juga dihujung laman sana..

Kebanyakan orkid aku ada masalah yang sama dengan orkid orang lain gak.. sikuning durjana

tu..kumbang perosak..aku mmg geram sesangat.

Tapi yang dalam pasu ni agak selamat la..kurang serangan

Layan..

Tak dan nak amik bunga satu2..nanti next post aku usahakan ye