Sunday, February 10, 2013

Baja Foliar Hijau


Ini baja terbaru dalam koleksi. Baru jumpa setelah banyak kali dicari :)

Kata kawan-kawan yang telah menggunakannya, foliar hijau ni untuk pertumbuhan daun manakala foliar merah/pink untuk pembungaan.

Cara bancuhan pula ada disertakan pada leaflet tapi untuk sukatan segelen. Makanya untuk 1 liter.. ramai yang suggest untuk gunakan 1 sudu kecil. Boleh di sembur keseluruhan pokok & tanahnya sekali atau pun boleh je siram terus ke tanahnya.. tak payah sembur

Ni baru 1st time guna after enzim buatan sendiri. Selepas 2 minggu siram enzim buatan sendiri.. tunas2 naik mencanak2

Bagus juga :)

Thursday, February 7, 2013

Meriahnya Prosperity Febuari..

Masa beli takdelah besar sangat. Tapi pokoknya sihat. Tak repot (salin pasu) selama 2 minggu saya biarkan. Just baja & siram sahaja. Habis tempoh tu terus masuk pasu baru. Alhamdulillah baru lebihkurang 5 bulan dalam jagaan saya.. 

 1st time dapat jambak sebesar ini.. rasa sungguh berbaloi2 :) 

Baja yang saya gunakan.. baja udang, tahi ayam & tahi kambing sahaja.. 

Racun hanya digunakan sekiranya terdapat tanda2 serangan. Jika tidak memadai dengan sembur ridsect h2o.