Ini baja terbaru dalam koleksi. Baru jumpa setelah banyak kali dicari :)
Kata kawan-kawan yang telah menggunakannya, foliar hijau ni untuk pertumbuhan daun manakala foliar merah/pink untuk pembungaan.
Cara bancuhan pula ada disertakan pada leaflet tapi untuk sukatan segelen. Makanya untuk 1 liter.. ramai yang suggest untuk gunakan 1 sudu kecil. Boleh di sembur keseluruhan pokok & tanahnya sekali atau pun boleh je siram terus ke tanahnya.. tak payah sembur
Ni baru 1st time guna after enzim buatan sendiri. Selepas 2 minggu siram enzim buatan sendiri.. tunas2 naik mencanak2
Bagus juga :)
1 gelen= 4 liter air.... kiraan tepat 1 gallon (gal) = 3.785411784 litres (L)
ReplyDeletebaja foliar 63 sukatan sesudu teh dicampur 4 liter air...
uiii tepat nombor.. saya malas nak mengira mcm tu. agak2 tak mati..ok la tu hihi
ReplyDelete