Friday, November 27, 2009

Tukar Pasu Pokok Duit



Setelah ditambah tanah beberapa bulan lalu, kini pokok duitku sudah cantik bertunas. Macam sayang pulak biarkan dia dalam pasu yang biasa tu. Tak terserlah kecantikannya. This week aku pergi nurseri, aku beli satu pasu tinggi, ambik warna coklat untuk lebih menyerlahkan warna hijau pokok duit, Harga pasu ini...cuma RM3 sahaja..murah kan..

Tambah tanah 1/3 pasu, keluarkan pokok duit yang asal dan masukkan pasu baru. Tu je. Atas dia penuhkan sikit dengan tanah, Bagi tutup pangkal dia. Topping dia... (baru belajar ni) aku letakkan batu-batu putih kecil. Nampak sangat menyerlah cantiknya pokok duit ni.

So, aku letak dia kat tengah-tengah antara 2 buah kerusi rotan kat porch. Hmm..rasanya dia sesuai la kat situ. Aku letak baja organik tahi kambing je sikit-sikit. Berat mengangkat pasunya tak terasa bila tengok dia dah disusun kat sini. Cantik..aku puas hati dapat menyerlahkan kecantikannya...

1 comment:

  1. apasal pasu tu RM3 je.eh murahnye lahai kat jhr. haha..bunga ros RM5, pasu besar RM3. diorang taknak untung banyak kot.hehe..btw, nice arrangement. boleh tiru idea sha ni. hehehe

    ReplyDelete